HUBUNGI KAMI
Tel: +6084-333333
Fax: +6084-333333
Email:

 
QR CODE
 
SEJARAH SEKOLAH
 
        SMK Deshon, Sibu telah siap dibina pada akhir tahun 1997 di sebuah kawasan tanah paya dengan keluasan 10.00 ekar atau 4.05 hektar. Sekolah ini terletak di Jalan Sena/Pedada, Sibu yang berada dalam kawasan perumahan dan kira-kira 5 km dari bandar Sibu. Sekolah ini adalah jenis bantuan sekolah kerajaan dan terdiri daripada jenis murid lelaki dan perempuan. Sekolah ini mula beroperasi pada 5hb. Januari 1998 dengan mempunyai sebuah dewan, sebuah kantin, sebuah blok sains pertanian, 3 blok bangunan kuarters guru dan anggota kumpulan sokongan, sebuah rumah Pengetua, sebuah blok KMT/ERT, sebuah blok makmal sains, 2 blok bilik kelas dan sebuah blok pentadbiran. Pada pemulaannya (tahun 1998) sekolah ini hanya mempunyai 20 orang guru, iaitu 6 orang guru lelaki dan 14 orang guru perempuan dengan bilangan murid seramai 362 orang yang terdiri daripada murid-murid tingkatan peralihan sebanyak 4 kelas dan tingkatan satu sebanyak 5 kelas. Sekolah ini ialah sekolah gred B, kategori sekolah bandar dan bahasa pengantarnya ialah Bahasa Malaysia. Kawasan sekolah diceriakan dengan tumbuhan menghijau dan taman-taman mini. Sekolah rendah yang terdekat ialah SJK(C) Dung Sang dan sekolah menengah yang terdekat pula ialah SMK St. Elizabeth.
 

Sekolah SMK Deshon Pada Tahun 1998

 
Blok A Pada Tahun 1998

Rumah Sains Pertanian Pada Tahun 1998

Kantin Sekolah Pada Tahun 1998

Kuarters Guru Pada Tahun 1998

Perpustakaan Sekolah Pada Tahun 1998

Staf Akademik Dan Staf Sokongan Sekolah Tahun 1998

Staf Akademik Sekolah Tahun 2012

Pintu Gerbang Sekolah Dibina Pada Tahun 2010
 
        Pada permulaannya, sekolah ini hanya mempunyai satu sesi persekolahan sahaja. Mulai tahun 2001, sesi persekolahan telah bertukar kepada dua sesi disebabkan masalah kekurangan bilik kelas. Keputusan PMR yang pertama bagi sekolah ini adalah pada tahun 2000. Dalam penilaian tersebut, para murid sekolah ini telah memperoleh keputusan yang cukup membanggakan dengan peratus kelulusan sebanyak 90.1% dan seramai 19 orang pelajar mendapat semua A dalam semua mata pelajaran yang diambil. Keputusan peperiksaan SPM yang pertama pula adalah pada tahun 2002. Dalam peperiksaan tersebut, para murid sekolah ini juga telah memperoleh keputusan yang baik. Seramai 16 orang murid telah berjaya mendapat sekurang-kurangnya 5A dalam mata pelajaran yang diambil dengan seorang murid mendapat 10A1, 3 orang 9A1, 3 orang 8A1, 4 orang 7A1 dan 5 orang 6A1. 
 
        Encik Lim Chun Len merupakan Pengetua pertama bagi sekolah ini. Beliau mula berkhidmat di sekolah ini pada 22 Disember 1997 hingga 16 Januari 2004. Beliau telah berpindah ke Jabatan Pelajaran Daerah Sibu. Jawatan Pengetua ini telah diambil alih oleh Cik Judith Wong Ngee Lay. Beliau mula berkhidmat pada 26 Januari 2004. Pelbagai perubahan dan penambahbaikkan telah dilakukan oleh beliau. Pada tahun 2005, Pengetua kedua, iaitu Cik Judith Wong Ngee Lay telah mengubah sesi persekolahan daripada dua sesi kepada satu sesi sahaja seperti sesi persekolahan yang ada sehingga kini. Pada tahun 2005, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah ditubuhkan untuk membantu pihak sekolah dalam pelbagai aspek khasnya dalam aspek pengurusan disiplin murid dan kewangan sekolah. Selain itu, pada tahun 2005 semua murid di sekolah ini dikehendaki memakai tali leher termasuk juga guru lelaki.
 
        Bilangan murid di sekolah ini telah menunjukkan peningkatan sejak penubuhannya pada tahun 1998. Pada suatu masa jumlah murid di sekolah ini telah mencecah sehingga lebih kurang 1600 orang. Pada tahun 2006, bilangan pelajar di sekolah ini mulai menurun setelah pembukaan beberapa buah sekolah baru di sekitar bandar Sibu, iaitu SMK Bandar Sibu, SMK Sungai Merah dan SMK Bukit Assek. Sebahagian daripada murid dan guru sekolah ini telah dipindahkan ke sekolah tersebut. Kemasukan murid baru, iaitu murid tingkatan peralihan dan satu telah berkurangan mulai tahun 2006.
 
        Pada awal tahun 2009, jawatan Pengetua telah diambil ahli oleh Encik Nicholas Bamphield daripada Cik Judith Wong Ngee Lay yang telah berjaya mendapat kenaikan  pangat ke DG52 dan seterusnya ditukar tempat berkhidmat ke sekolah gred A, iaitu SMK Lanang, Sibu. Perubahan ketara pada hala tuju sekolah, bangunan dan persekitaraan sekolah serta peningkatan dari segi kemudahan sekolah banyak berlaku mulai tahun 2009. Antaranya adalah seperti perubahan dalam visi dan misi sekolah, pembinaan pondok jaga baru, peluasan kantin dan pepustakaan sekolah, pengwujudan bilik galeri, bilik ketua bidang, bilik ketua guru disiplin, kelas pemulihan dan banyak lagi. Semua ini telah membawa kepada perubahan imej sekolah dalam kalangan ibu bapa dan masyarakat sekitar serta peningkatan dalam aspek disiplin para murid. Pada tahun 2012, sekolah ini telah dicalonkan sebagai sekolah kluster kecemerlangan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak. Bidang kebitaraan sekolah ini adalah mata pelajaran matematik dan bola keranjang bagi bidang akademik dan kokurikulum masing-masing. Usaha gigih telah dilakukan dan diharapkan sekolah ini akan memperoleh anugerah tersebut.

KEMUDAHAN FIZIKAL
 
        Kemudahan sekolah di sekolah ini tidak sempurna jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah lain. Oleh itu, usaha-usaha telah dijalankan dari semasa ke semasa untuk menambahkan kemudahan yang diperlukan dan melakukan penambahbaikan kepada kemudahan yang telah sedia ada bagi memastikan keselesaan kepada pelajar dan guru. Senarai kemudahan yang terdapat di sekolah ini adalah seperti dalam jadual di bawah:
 
No
Jenis Kemudahan Sekolah
Bilangan
1
Bangunan Sekolah
6
2
Bangunan Kuarters Guru
3
3
Rumah Pengetua
1
4
Bilik Darjah
32
5
Bilik Khas
14
6
Koperasi Sekolah
1
7
Makmal Komputer
1
8
Bilik Ketua Guru Disiplin
1
9
Bilik Bimbingan & Kaunseling
1
10
Bilik Ketua Bidang
1
11
Makmal / Bilik Sains
6
12
Pusat Sumber Sekolah
1
13
Bilik BBSM
1
14
Bengkel Kemahiran Hidup
5
15
Bilik Guru
1
16
Bilik Mesyuarat
1
17
Pejabat
1
18
Bilik Pengetua
1
19
Bilik Guru Penolong Kanan
3
20
Tandas Murid
4
21
Tandas Guru
2
22
Dewan Sekolah
1
23
Kantin Sekolah
1
24
Stor
6
25
Bilik Cetak
1
26
Bilik Alat Pandang Dengar
2
27
Pondok Pengawal Keselamatan
1
28
 
   Pandang dan Gelanggang
-          Pandang Bola Sepak
1
-          Gelanggang Badminton
1
-          Gelanggang Bola Keranjang “3 on 3”
1


STATISTIK GURU & KUMPULAN PELAKSANA
 
        Pengurusan dan pentadbiran sekolah ini diketuai oleh Tuan Pengetua, Encik Nicholas Bamphield (Memangku DG52) yang mula bertugas mulai 1 Januari 2009. Beliau dibantu oleh 3 orang guru penolong kanan, 4 orang ketua bidang dan 60 orang guru akademik serta 15 orang staf  sokongan.  Statistik guru dan staf sokongan adalah seperti dalam jadual di bawah.
 
Statistik Guru Dan Kumpulan Pelaksana Mengikut Jantina
 
Lelaki
Perempuan
Jumlah
   Guru
14
46
60
   Bukan Guru
6
9
15
   JUMLAH
20
55
75

Statistik Kedudukan Staf

Kedudukan

Bilangan Guru

Bilangan

Bukan Guru

(a)      Berkhidmat Di Sekolah

60

15

(b)      Ditempatkan / Dipinjamkan

0

0

(c)       Berkursus

0

0

(d)      Melanjutkan Pelajaran

0

0

(e)       KDC

0

0

(f)       Bercuti

0

0

(g)      Bercuti Tanpa Gaji

0

0

(h)      Tidak Hadir Bertugas

0

0

   JUMLAH DALAM DAFTAR

60

15

Statistik Guru Mengikut Kaum, Gred Dan Jantina

 

Kaum

Siswazah

Bukan Siswazah

 

Jumlah Keseluruhan

L

P

Jumlah

L

P

Jumlah

Melayu

3

7

10

1

0

1

11

Cina

8

36

44

0

1

1

45

India

0

0

0

0

0

0

0

Lain-lain

2

1

3

0

1

1

4

 

JUMLAH

 

13

 

44

 

57

 

1

 

2

 

3

 

60


ENROLMEN MURID
 
        SMK Deshon ini mempunyai 32 bilik kelas tetapi hanya 29 bilik kelas digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran bagi para murid dari Tingkatan Peralihan hingga Tingkatan 5. Kelas yang selebihnya digunakan sebagai bilik khas untuk menjalankan aktiviti atau program tertentu. Jumlah murid berdasarkan enrolmen 30 September 2012 ialah seramai 898 orang. Maklumat enrolmen pelajar mengikut tingkatan dan jantina adalah seperti yang dipaparkan dalam di jadual di bawah:
 

ENROLMEN

 

JUMLAH KELAS

TAHUN/TINGKATAN

L

P

JUMLAH

TINGKATAN PERALIHAN

41

40

81

2

TINGKATAN 1

77

90

167

6

TINGKATAN 2

70

81

151

5

TINGKATAN 3

85

79

164

5

TING. 4  KEMANUSIAAN (SASTERA)

49

37

86

3

TING. 4  SAINS

26

37

63

2

TING. 5  KEMANUSIAAN (SASTERA)

46

48

94

3

TING. 5  SAINS

39

53

92

3

JUMLAH

433

465

898

29


KEJAYAAN AKADEMIK / KOKURIKULUM SEKOLAH
 
        Pencapaian akademik SMK Deshon dalam PMR dan SPM pada tiga tahun kebelakangan ini masih berada di tahap yang kurang konsisten. Walau bagaimanapun, dalam peperiksaan SPM tahun 2012 sekolah ini telah memperoleh keputusan yang terbaik sejak penubuhan sekolah ini. Pada tahun tersebut, sekolah ini telah mendapat 91.8% kelulusan iaitu peningkatan peratus kelulusan sebanyak 12.7% dan GPS turut menurun ke 4.18. Pelbagai usaha dan program telah dijalankan oleh pihak sekolah untuk meningkatkan keputusan PMR dan SPM. Antaranya ialah program GeMS, program MaCS, kelas pemulihan disiplin, kelas pemulihan akademik, kelas tambahan, program motivasi dan anugerah kecemerlangan akademik. Jadual di bawah adalah gambaran pencapaian akademik peperiksaan awam sekolah ini, iaitu PMR dan SPM dari tahun 2009 hingga 2011. Sekolah ini juga mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang kokurikulum sama ada di peringkat bahagian mahupun negeri.
 
Pencapaian Keseluruhan PMR Tahun 2009-2011
Tahun
Peratus Kelulusan
GPS
2009
65.83%
2.73
2010
76.00%
2.54
2011
67.26%
2.61

Pelajar Cemerlang PMR Tahun 2009 – 2011

Tahun

Bilangan A

Bilangan Pelajar

 

2009

8A

18

7A

8

6A

6

 

2010

8A

21

7A

13

6A

10

 

2011

8A

15

7A

13

6A

10

Sasaran PMR Tahun 2012

 

GPS

 

2.50

 

Peratus Kelulusan

 

80.00%

 

Pelajar Yang Mendapat Semua A

 

9.00%

Pencapaian Keseluruhan SPM Tahun 2009-2011
 
Tahun
 
Peratus Kelulusan
 
GPS
 
2009
 
83.30%
 
4.59
 
2010
 
79.10%
 
4.38
 
2011
 
91.80%
 
4.18

Pelajar Cemerlang SPM Tahun 2009 – 2011

Tahun

Bilangan A

Bilangan Pelajar

2009

13A

1

12A

4

11A

2

10A

5

9A

5

8A

3

 

2010

12A

1

11A

1

10A

6

9A

8

8A

11

2011

11A

4

10A

8

9A

11

8A

2

Sasaran SPM Tahun 2012

 

GPS

 

4.00

 

Peratus Kelulusan

 

92.00%

 

Pelajar Yang Mendapat Semua A

 

9.00%

 


PENCAPAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM 2009-2011
 
        Pencapaian kokurikulum SMK Deshon pada tiga tahun kebelakangan ini agak baik. Para murid telah memperoleh banyak kejayaan dalam pertandingan yang disertai sama ada di peringkat bahagian mahupun peringkat negeri. Pelbagai usaha dan program telah dijalankan oleh pihak sekolah untuk meningkatkan pencapaian kokurikulum sekolah. Program yang telah dijalankan ialah program insentif yang disampaikan semasa Majlis Anugerah Kokurikulum, program Hari Kokurikulum, dan program mendapatkan khidmat jurulatih luar. Jadual di bawah menunjukkan pencapaian akademik sekolah ini pada tahun 2009, 2010 dan 2011.
 
Pencapaian Badan Beruniform Tahun 2009
Gerko
Peringkat
Kategori / Acara
Kedudukan
Taekwondo Poomsae Invitation Championship UPMK 2009
Negeri
Acara Individu
Gangsa
Acara Pasukan
Emas
Kejohanan Taekwando Antara Sekolah-Sekolah Bahagian Sibu 2009
Bahagian
Acara Individu
Gangsa
Kejohanan Wushu Remaja Sekolah-Sekolah Menengah Bahagian Sibu
Bahagian
Acara Individu
6 Emas
10 Perak
Pertandingan Ronda Pandu Arah (Kadet Polis)
Bahagian
Kategori Perempuan
Tempat Ke-3
Pertandingan Kawad Asas / Formasi
Bahagian
Acara Berpasukan
Johan

Pencapaian Sukan Dan Permainan Tahun 2009

Gerko

Peringkat

Kategori / Acara

Kedudukan

Kejohanan Olahraga MSS Sibu

Bahagian

100 m, 200 m & 400 m

3 Emas

Anugerah Olahragawati 15TKB

Kejohanan Olahraga MSS Sarawak

Negeri

100 m & 200 m

Emas

4 x 400 m

Tempat Ke-4

Kejohanan Olahraga Remaja Terbuka Sarawak

Negeri

100m

Perak

200m

Tempat ke-5

Kejohanan Olahraga MSS Sibu Umur 10, 11 dan 13 TKB dan Tingkatan 2 & 4

Bahagian

Lompat Tinggi

Emas

1500 m & 800 m

Perak & Gangsa

Kejohanan Bola Keranjang MSS Sibu

Bahagian

Pasukan  L18 TKB

Naib Johan

Pasukan P 15 TKB

Tempat Ke-3

Kejohanan Bola Keranjang MSS Sarawak

Negeri

Pasukan 18 TKB

Johan

Kejohanan Bola Keranjang MSS Malaysia

Kebangsaan

Pasukan 18 TKB

Naib Johan

Kejohanan Bola Keranjang Remaja Terbuka

Bahagian

Berpasukan Lelaki 18 TKB

Johan

Pencapaian Kelab Dan Persatuan Tahun 2009
Gerko
Peringkat
Kategori / Acara
Kedudukan
Pertandingan Drama Bahasa Inggeris Antara Sekolah-Sekolah Menengah Bahagian Sibu
Bahagian
Berpasukan
Johan
Perbahasan Piala TSDWARA
Bahagian
Berpasukan
Tempat Ke-3
BCF 2009 English Writing Competition
Bahagian
Individu
Tempat Kedua
Public Speaking
Bahagian
Individu
Sagu Hati                    (Tempat
Ke-6)
Chinese Body Language
Bahagian
Berpasukan
Naib Johan
Berpasukan
Tempat Ketiga
Pertandingan Choral Speaking
Bahagian
Berpasukan
Sagu Hati
Pertandingan Koir Antara Sekolah-Sekolah Menengah
Bahagian
Berpasukan
Sagu Hati
Pertandingan Permainan Pendidikan Lalulintas Shell
Bahagian
Berpasukan
Tempat Kedua

Pencapaian Badan Beruniform Tahun 2010

Gerko

Peringkat

Kategori / Acara

Kedudukan

Pertandingan Menembak

Bahagian

Acara Individu (Lelaki)

Naib Johan

Acara Individu (Perempuan)

Johan

 

Pertandingan Ronda Pandu Arah

 

Bahagian

Acara Berpasukan

 

Naib Johan

 

 

 

 

 

Kejohanan Wushu Antara Sekolah Rendah Dan Menengah

Bahagian

Chang Quan

Johan

Dao Shu

Johan

Gun Shu

Johan

Chang Quan

Naib Johan

Jian Shu

Johan

Chang Quan

Tempat

Ke-3

Chang Quan

Naib Johan

Chang Quan

Johan

32 Shi Taiji Jian

Naib Johan

Chang Quan

Johan

Jian Shu

Johan

Qiang Shu

Johan

Pencapaian Sukan Dan Permainan Tahun 2010
Gerko
Peringkat
Kategori / Acara
Kedudukan
Kejohanan Badminton MSS
Bahagian
Bergu Perempuan 18TKB
Pingat Perak
Bergu Lelaki 18TKB
Pingat Gangsa
Perseorangan Perempuan 18TKB
Pingat Gangsa
Bergu Lelaki 18TKB
Pingat Gangsa
Kejohanan Bola Keranjang MSS
Bahagian
18TKB
Pingat Emas
Kejohanan Ping Pong MSS Sibu
Bahagian
Acara Individu 18 TKB Lelaki
3  Pingat Gangsa
Pertandignan Catur Cina/SMP Katolik
Bahagian
Pasukan Lelaki
Pingat Emas
Perseorangan Lelaki
Pingat Perak
 
 
 
Kejohanan Renang Peringkat Umur Terbuka Sibu
Bahagian
Freestyle 50M
Pingat Emas
Freestyle 100M
Pingat Emas
Freestyle 200M
Pingat Perak
Freestyle 400M
Pingat Perak
Backstroke 100M
Pingat Perak
Breaststroke 50M
Pingat Emas
Breastroke 100M
Pingat Emas
 
Pertandingan Catur Cina
Bahagian
Pasukan
Johan
Perseorangan
Johan
Pasukan
Johan

Pencapaian Kelab Dan Persatuan Tahun 2010

Gerko

Peringkat

Kategori / Acara

Kedudukan

Pertandingan Drama BI

Bahagian

Acara Berpasukan

Johan

Pertandingan Lalulintas SHELL

Bahagian

Acara Berpasukan

Tempat Ke-3

Pertandingan Melukis Poster Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja Dan Alam Sekitar

Bahagian

Kategori Alam Sekitar / Persekitaran Tempat Kerja

Johan

Tempat Ke-3

Kategori Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja

Johan

Tempat Ke-3

Pencapaian Badan Beruniform Tahun 2011
Gerko
Peringkat
Kategori / Acara
Kedudukan
Pertandingan Wushu MBPJ-Chempaka National Wushu Open Tournament 2012
Negeri
Acara individu
6                Emas
6  Perak
3 Gangsa
Sarawak State Taekwondo Campionship 2012
Negeri
Acara individu 10-13TKB
Acara individu 14-17TKB
1 Emas
 
 
1Emas
Sportexcel-NSC-MILO-TM(WTF)Junior Circuit 2012
Negeri
Acara individu
1 Emas
Sport –Excel-NSC-Milo-TM(WTF) Junior Circuit 2012 Taekwondo 1 st LEG (Super Junior Girls Middle Weight)
Kebangsaan
Acara individu
Johan
Grand Final Sport-Excel-NSC-MILO-TM(WTF)NATIONAL JUNIOR CIRCUIT 2012
Kebangsaan
Acara Individu
Emas
5 th Borneo Cup International Martial Arts Tournament 2012
Antarabangsa
Acara individu
6 Emas
4 Perak
1 Gangsa

Pencapaian Sukan Dan Permainan Tahun 2011

Gerko

Peringkat

Kategori / Acara

Kedudukan

Pertandingan Tenis MSS Bahagian Sibu 2012

Bahagian

Acara Individu 15 TKB

Naib Johan

Pertandingan Badminton MSS Bahagian Sibu 2012

Bahagian

Acara Beregu P18 dan L18

Acara Beregu L15

Acara Perseorangan   L15

Pasukan P18 dan Pasukan L15

Tempat Ke-3

Johan

 

Johan

 

Naib Johan

Kejohanan Bola Keranjang MSS Bahagian Sibu

Bahagian

Acara berpasukan L18 dan P18

Tempat Ke-4

Kejohanan Bola Tampar MSS Sibu 2012

Bahagian

Acara Pasukan perempuan

Acara Pasukan lelaki

Tempat Ke-3

Tempat Ke-4

Kejohanan Bola Jaring MSS Sibu

Bahagian

P18TKB

Tempat Ke-4

Pertandingan Catur Cina

Bahagian

Individu dan berpasukan

Johan

Pencapaian Kelab Dan Persatuan Tahun 2011

Gerko

Peringkat

Kategori / Acara

Kedudukan

Pertandingan Drama BI Sekolah Menengah Sibu

Bahagian

Acara Berpasukan

Johan

Pertandingan Body Language

Bahagian

Acara Berpasukan

Tempat 3

Pertandingan Public Speaking Bahagian Sibu 2012

Bahagian

Acara Individu

Tempat Ke-2

Pertandingan Forum Remaja Sekolah Menengah Bahagian Sibu

Bahagian

Acara Berpasukan

Tempat Ke-4

Pertandingan Drama BI Sekolah Menengah Sibu

Bahagian

Acara Berpasukan

Acara Individu

Johan

Pelakon terbaik


KEJAYAAN-KEJAYAAN SEKOLAH
 
        Terdapat banyak kejayaan telah dicapai oleh sekolah ini sama ada dalam bidang kurikulum dan kokurikulum (sila rujuk Lampiran C). Pelbagai anugerah telah diperoleh dalam bidang-bidang tersebut. Tidak dinafikan kejayaan ini adalah hasil kerjasama semua pihak, iaitu antara barisan kepimpinan sekolah dengan guru-guru, kumpulan pelaksana dan murid-murid yang bersama-sama memikul tanggungjawab bagi memastikan visi dan misi sekolah dapat direalisasikan. Antara anugerah yang diperoleh oleh sekolah ini dalam bidang akademik khasnya dalam peperiksaan awam adalah seperti berikut:
 
a)   Anugerah Sijil Usaha Gigih Dalam PMR Tahun 2003
b)   Anugerah Sijil Usaha Gigih Dalam PMR Tahun 2005
c)   Anugerah Sijil Usaha Gigih Dalam PMR Tahun 2006
d)   Anugerah Sijil Usaha Gigih Dalam PMR Tahun 2008
e)   Anugerah Sijil Usaha Gigih Dalam SPM Tahun 2004
f)    Anugerah Sijil Usaha Gigih Dalam SPM Tahun 2005
g)   Anugerah Sijil Kecemerlangan Akademik SPM Tahun 2005
h)   Anugerah Sijil Kecemerlangan Akademik SPM Tahun 2007
i)     Anugerah Sijil Usaha Gigih Dalam SPM Tahun 2008
j)     Anugerah Sijil Usaha Gigih Dalam SPM Tahun 2011
 
Dalam bidang kokurikulum pula, banyak anugerah juga telah diperoleh oleh pihak sekolah. Hampir setiap tahun, sekolah ini mendapat anugerah sijil kecemerlangan kokurikulum daripada Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak. Berikut adalah antara anugerah yang telah diberikan oleh JPN Sarawak kepada sekolah ini.
 
a)   Anugerah Sijil Kecemerlangan Kokurikulum Tahun 2001
b)   Anugerah Sijil Kecemerlangan Kokurikulum Tahun 2002
c)   Anugerah Sijil Kecemerlangan Kokurikulum Tahun 2003
d)   Anugerah Sijil Kecemerlangan Kokurikulum Tahun 2004
e)   Anugerah Sijil Kecemerlangan Kokurikulum Tahun 2005
f)    Anugerah Sijil Kecemerlangan Kokurikulum Tahun 2006
g)   Anugerah Sijil Kecemerlangan Kokurikulum Tahun 2007
h)   Anugerah Sijil Kecemerlangan Kokurikulum Tahun 2008
i)     Anugerah Sijil Kecemerlangan Kokurikulum Dan Sukan Tahun 2009
j)     Anugerah Sijil Kecemerlangan Kokurikulum Dan Sukan Tahun 2011
 
External Links
 
      
        
 
  
 
© 2014 SMK Deshon Sibu All Right Reserved.